Jumaat hingga Ahad, 27 hingga 29 Mei 2011
Perjalanan bermula dari perkarangan SMK Taman Tuanku Jaafar menuju ke Negeri Cik Siti Wan Kembang selama hampir 10 jam. Menyaksikan dengan mata dan kepala tentang keunikan kehidupan masyarakat Pantai Timur mampu membawa kita kembali ke era 60 an atau 70 an. Disulami dengan tata susila yang makin pudar di tengah hiruk pikuk metropolitan, masyarakat Pantai Timur dan wanita khasnya tetap menjaga etika berpakaian. Ke mana sahaja mereka pergi, malahan untuk membeli sayur dan ikan di pasar mereka tetap mengenakan tudung dan berbaju kurung.
Perjalanan yang semakin penat diteruskan ke negeri yang terkenal dengan Penyu Menangisnya. Masih terasa budaya yang sama dengan negeri Kelantan walaupun loghat bahasa mula berbeza. Terkenal dengan batik dan keropoknya menjadikan poket makin kurus dan akhirnya tinggal habuk sahaja untuk di bawa pulang ke Negeri Beradat.
Ikuti perjalanan Kelab Pelancongan bersama pembimbing Krew Lensa SMKTTJ:
0 comments:
Post a Comment