Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bandung With Love (Finale)

11 April 2012 (Rabu)

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga.  Semalaman sebilangan peserta tidak melelapkan mata dek keterujaan.  Bukan teruja untuk melihat perahu terbalik atau berhabisan buat hari terakhir di bumi Bandung, tetapi mahu menghidu bau udara bumi Malaysia.

Jauh perjalanan di negara orang mengajar kita erti menghargai betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai warga malaysia.  Walau memiliki bahasa serumpun, makanan hampir serasa, namun budaya tetap berbeza dan lawatan ini memberi gambaran bahawa setiap rumpun bangsa mempunyai keistimewaan masing-masing.

Tepat jam 0630 pagi waktu Indonesia, semua peserta Think Quest telah berkumpul di lobi hotel.  Tetapi, seakan-akan tidak lengkap kerana peserta lelaki belum sampai di lobi.  Salah seorang guru pengiring telah meninjau bilik pelajar lelaki dan didapati mereka semua masih diulit mimpi.  Dalam masa 30 minit, mereka sempat bersiap untuk memastikan waktu bertolak ke Tangkuban Parahu tidak terlewat.

Perjalanan menuju ke Tangkuban Parahu di pagi yang sejuk membuatkan mata layu dan sebilangan peserta mula tidur.  Hampir jam 0900 pagi, perjalanan kami selamat sampai di kaki gunung dan dengan menaiki van khas akhirnya kami tiba di kawah gunung berapi Tangkuban Parahu.

Menyedut udara mengandungi belerang dan segala macam gas membuatkan kami terasa agak loya.  Namun, seakan-akan tidak berlaku apa-apa kepada penduduk yang mendiami kawasan gunung berapi ini.  Di kiri kanan didapati pokok yang tumbuh seakan-akan terbakar disebabkan oleh bahangan lava gunung berapi yang sentiasa mengeluarkan asap.

kelainan landskap di Tangkuban Parahu membuatkan kami lupa seketika rindu kepada orang tersayang di malaysia.  Apa yang tidak digunakan oleh penduduk di sini ialah kipas dan air batu.















Tepat jam 1300 petang, kami tiba semula di kota Bandung untuk menghabiskan wang yang masih berbaki di dalam poket.  Singgah sebentar di Toko Tiga untuk mencapai apa yang patut membuatkan sesi berbelanja kami terasa penat yang teramat sangat.  Sempat membeli beberapa helai jeans dan perjalanan diteruskan ke lokasi terakhir iaitu Pasar Baru.

Dalam masa tidak sampai 2 jam membuatkan sesi membeli belah begitu memenatkan.  Walaupun begitu, masih banyak barangan yang sempat usung untuk disimpan dalam bagasi bagi dijadikan cenderamata buat orang tersayang.

Tepat jam 1530 petang, kami bertolak menuju ke lapangan terbang kerana penerbangan kami ialah pada 1845 malam.





Akhirnya, kami selamat tiba di lapangan terbang Bandung untuk berlepas pulang ke Malaysia...









Terima Kasih Dari Kami pasukan Think Quest buat:

Ibu Heli
Guru dan pelajar SMPN 13
Guru dan pelajar SMAN 3
Rumah Zakat
Pesantren Aa Gym
Pengetua dan guru SMKTTJ
Pengetua dan guru SMK Jelai (F)
Pelajar Think Quest SMKTTJ
PIBG SMKTTJ
Penyumbang-penyumbang yang membantu menjayakan program ini...

0 comments:

Post a Comment

Back to Top