Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Happy 1st Anniversary Lensa SMKTTJ.Blogspot

01 April 2012 (Ahad):

Sempena bulan yang dipanggil April fool ini, sejarah tercatat lagi apabila hampir kesemua krew lensa berkumpul untuk menyambut hari ulang tahun pertama Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com.

Berbekalkan kek Secret Recipe yang ditaja oleh Farhan Aniq, krew menyanyikan lagu selamat ulang tahun yang menandakan bahawa telah setahun para krew berkhidmat sebagai jurufoto untuk melakarkan sejarah sekolah melalui gambar.

Pahit, manis, maung, tawa dan tangis telah dilalui demi melaksanakan tugasan yang diberikan.  Setiap butiran kritikan dijadikan asas untuk memantapkan lagi proses kerja para krew.  Menjadi yang terbaik dan terulung adalah matlamat para krew setiap kali memikul tugasan yang diamanahkan.

Waktu yang seharusnya dihabiskan untuk mengambil bahagian dalam apa juga acara sekolah terpaksa diketepikan demi memastikan seluruh warga SMKTTJ mahupun masyarakat luar dapat menatap wajah-wajah yang terlibat dalam apa jua aktiviti di sekolah.

Tidak kira hari petang, pagi, malam, mahupun cuti sekolah, andai diberi tugasan para krew tidak pernah memberi seribu mahupun sepatah alasan untuk tidak melangsaikannya.

Bukan senang bergelar jurufoto yang memikul tanggungjawab pelajar.  Jadual belajar lebih diberi keutamaan demi menjamin masa depan yang cemerlang dan apa yang paling penting disiplin diri mesti berjalan seiring dengan tingkah laku para krew.

Mempraktikalkan apa yang telah dipelajari akan membuahkan hasil yang membanggakan, dan mula terserlah pada sesetengah krew.  Mudah-mudahan mereka akan menggunakan segala ilmu yang dibekalkan setelah bergelar orang awam nanti dan mampu mengharumkan nama sebaris jurufoto terkenal Malaysia dan dunia seperti Bambi Cantrell, Jodi Bieber, Ted Adnan dan beberapa nama jurufoto popular.







































0 comments:

Post a Comment

Back to Top