Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mesyuarat Agung PIBG SMKTTJ

31 Mac 2012 (Sabtu):

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11 SMK Taman Tuanku Jaafar telah berlangsung dengan jayanya.  YB Dato' Abd Samad bin Ibrahim (Adun Seri Menanti) selaku Exco pembangunan modal insan, belia dan sukan / jawatankuasa bertindak Negeri Sembilan sudi merasmikan majlis pada kali ini.

Majlis kali ini tidak menganugerahkan sebarang sijil penghargaan terutamanya kepada para pelajar kerana majlis tersebut akan dijalankan menjelang bulan Jun hadapan iaitu dalam Hari Kualiti SMKTTJ.

Dalam mesyuarat kali ini Jawatankuasa baru telah dibentuk menggantikan mantan Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Hamed bin Yacob dan ahli jawatankuasa sesi 2011.  Salah seorang ahli jawatankuasa sesi 2011 yang dilantik semula ialah Puan Norhilmy bt Mohd Yusof.

Dato' Nordin selaku orang yang dikenali dan disegani ramai di Taman Tuanku Jaafar dengan sebulat suara telah dipilih oleh para ibu bapa dan penjaga yang hadir sebagai Yang Dipertua PIBG SMKTTJ sesi 2012.  Gandingan bersama Dato' Misran selaku Naib Yang Dipertua PIBG diharap akan membawa anjakan paradigma kepada seluruh warga SMKTTJ.

Pihak Lensa SMKTTJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat PIBG kali ini.

Terima Kasih kepada:

YB Dato' Abd Samad bin Ibrahim Exco Seri Menanti
Pegawai Pelajaran Daerah Seremban
AJK PIBG sesi 2011/2012
Guru-guru SMKTTJ
Staf Sokongan SMKTTJ
Pekerja SMKTTJ
Ibu bapa dan penjaga
Orang perseorang yang membantu
Krew Lensa SMKTTJ (Jurufoto - Nur Nadjiah, Adilah dan Izzati Erlena dan Videografi - Anith)





























0 comments:

Post a Comment

Back to Top