Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bandung With Love (Part 2)

08 April 2012 (Ahad)

Walaupun mata masih menagih untuk terus tidur, tapi semangat untuk menjelajah pelusuk kota Bandung membuatkan kami tidak terasa penat dan letih.  Menuju ke lobi hotel tepat jam 0900 pagi membuatkan kami terkejut kerana peserta Think Quest telah bersiap seawal jam 0800 pagi lagi dan telah menikmati nasi kuning hasil air tangan Ibu Heli.  Rasanya saling tak tumpah seperti nasi lemak cuma nasinya diwarnakan dengan warna kuning.

Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rizal, mudah-mudahan perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan.  Kami menyusur jalan Cihampelas menuju ke lokasi pertama iaitu Pasar Baru.  Sepanjang perjalanan kami dapat menyaksikan pelbagai gedung pakaian dan kain dibuka bagi menyambut ketibaan pelanggan yang gemar memborong pakaian.

Jalan raya mula dipenuhi dengan pelbagai kenderaan seperti motokar, motosikal serta basikal.  Malah Angkut begitu aktif bergerak untuk membawa penumpang menuju destinasi masing-masing.  Setiap waktu, kota Bandung tidak sunyi dari 'macet' kerana populasi penduduknya yang melebihi 20juta.

Sebaik sampai di Pasar Baru yang ketinggiannya sebanyak 7 tingkat membuatkan kami teruja untuk berbelanja sakan pada hari tersebut.  Huh!!!...ramainya manusia, sesak dan padat sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke perut Pasar Baru.  Nasib baik kami ditemani oleh Risa, Herlan dan Mayang.


















Selepas makan dan solat di Pasar Baru, perjalanan diteruskan ke Saung Udjo iaitu Rumah Angklungd yang begitu popular di Bandung kerana telah mencacatkan Guiness Book Of Record yang memainkan angklung seramai 5000 orang di New York.

Wah!!! segala-galanya diperbuat daripada buluh.  Pelbagai barangan cenderamata dari murah hingga mahal dibuat menggunakan tangan oleh pekerja yang bekerja di Rumah Angklung.  Pelbagai rupa bentuk angklung yang dipamerkan dan pelbagai bunyian yang terhasil darinya. Diasaskan oleh Abah Udjo dan isterinya Uum Sumiati serta keluarga yang bertanggungjawab memperkenalkan angklung ke serata dunia.

Terasa begitu cepat waktu berlalu kerana belum pun mampu bermain angklung, kami akan berangkat keluar kerana masa berada di Saung Udjo telah tamat.  Seawal usia 7 tahun, anak-anak Abah Udjo telah diasah bakat dalam muzik angklung, malah mampu memimpin sewaktu muzik ini dimainkan.  Syabas.












Sebelah malamnya, kami dibawa oleh Ibu Heli ke restoran Nasi Kalong yang dibuka selepas jam 0800 malam.  Nasi Kalong ialah nasi kelawar yang mana nasinya berwarna hitam.  Beras nasi kalong merupakan beras huma yang ditanam di kawasan tanah gunung berapi lava bes yang subur.  Rasanya saling tak tumpah seperti beras wangi dan seakan-akan memakan pulut.




0 comments:

Post a Comment

Back to Top