Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bandung With Love (Part 3)





09 April 2012 (Isnin)

Setelah berehat di Hotel Samudra, maka bermulalah perjalanan yang agak padat untuk melaksanakan segala perancangan yang diatur sekian lama iaitu dari tahun 2011 lagi.  Perjalanan menuju ke SMPN 13 dimulakan dengan singgah sebentar di kaki jalan Cihampelas untuk melihat barangan terutamanya pakaian yang dijual dengan harga berpatutan.  Mungkin kerana terlalu awal, ada kedai yang masih belum memulakan operasi perniagaan dan kami akan kembali ke sini nanti kerana jarak tempat penginapan dengan premis perniagaan begitu dekat.








Perjalanan diteruskan menuju ke SMPN 13 iaitu sekolah yang akan melakukan kerjasama Think Quest antara SMK Taman Tuanku Jaafar, SMK Jelai (Felda) dan SMPN 13.  Ibu Heli merupakan satu-satunya guru yang banyak memperkenalkan pasukan Think Quest SMPN 13 ke peringkat dunia dan beliau banyak memenangi hadiah peringkat antarabangsa.  Ibu Heli jugalah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar sewaktu rombongan kami berada di bumi Bandung selama 4 hari.

Setibanya rombongan kami di perkarangan SMPN 13, kami disambut dengan wajah-wajah ceria dan riang pelajar SMPN 13 yang mengenakan uniform lengkap dan para guru pula mengenakan pakaian tradisional batik.  Kami juga disambut oleh Kepala Sekolah iaitu Drs Bambang Aryanto.

Rombongan dipersembahkan dengan tarian tradisional masyarakat Bandung dan majlis dteruskan dengan menandatangani perjanjian kerjasama antara SMK Taman Tuanku Jaafar, SMK Jelai (felda) dan SMPN 13.  Setelah menunaikan solat, program diteruskan dengan perbincangan kumpulan Think Quest antara pelajar SMKTTJ dan SMPN 13.  Perbincangan ini dikendalikan oleh Ibu Heli.  Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan yang memilih tajuk berbeza dan akan dihantar ke pertandingan Think Quest peringkat antarabangsa.

Walaupun berlainan budaya dan bahasa, para pelajar dapat bersatu dan saling bekerjasama sewaktu menjalankan tugasan.  Masing-masing memperkenalkan bahasa negara mereka supaya tidak berlaku salah faham dan akhirnya mereka dapat mempersembahkan satu kata putus yang bernas sewaktu sesi pembentangan.

Rombongan meninggalkan kenangan manis di SMPN 13 dan hampir jam 0600 petang kami meninggalkan SMPN 13 dengan pelbagai rasa, rasa nasi berlaukkan kulit lembu, rasa kuih muih, rasa pulut dan rasa bagaimana payahnya untuk berbicara dalam bahasa Bandung.


















Sebelum balik ke hotel untuk beradu, kami singgah di pusat beli belah yang popular di Bandung iaitu Cihampelas Mall atau Ciwalk Mall untuk makan malam.   Harga makanan tidak terlalu mahal dan tidak murah.







0 comments:

Post a Comment

Back to Top