Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Hari Ayah Akan Datang

Jun begitu sinonim dengan Hari Bapa.  Babah, Abah, Papa, Ayah, Appa, Daddy atau apa sahaja panggilan untuk seorang lelaki macho, gagah dan berhemah.  Mengetuai keluarga dengan memastikan makan, minum, pakaian serta tempat tinggal ahli keluarganya sempurna.

Betapa sepi suasana dalam sebuah keluarga tanpa kedengaran suara garau si ayah sesekali meleteri kerenah anak-anaknya.  Betapa sunyi situasi dalam rumah tanpa hilai tawanya yang kadang-kadang melepasi sempadan dinding rumah sebelah.  Betapa pilu kita tanpa merasai kelibat seorang lelaki dewasa melintas di belakang sewaktu kita leka di lamun Facebook atau blog.  Semua itu masih belum terlewat buat mereka yang masih mampu memanggil lelaki dewasa yang bernama 'Ayah', untuk diperlihatkan betapa kita menyanyangi, menghormati, menghargai malahan memerlukan 'Abah' sepanjang hayat jikalau boleh.

Ucaplah....."SELAMAT HARI BAPA", tanpa segan, silu mahupun malu.  Kucuplah pipinya tanda kasih sayang yang tidak pernah padam dalam diri dan hulurkan 'Al-Fatihah' buat mereka yang tidak lagi mampu mengucapkannya di alam fana ini.

Krew Lensa SMKTTJ mengucapkan 'Selamat Hari Bapa' kepada semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar yang bergelar 'bapa'.





0 comments:

Post a Comment

Back to Top