Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011

Khamis, 23 Jun 2011

Bertempat di padang SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung majlis kejohanan olahraga peringkat sekolah 2011.  Kejohanan ini juga bakal mencatat rekod baru oleh para atlit yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.


Beberapa acara padang dan balapan telah dipertandingkan untuk membolehkan rumah sukan mengumpul mata bagi menentukan pasukan manakah yang bakal bergelar juara keseluruhan pada 24 Jun 2011.  Acara tarik tali memperlihatkan kehebatan pasukan yang mengambil bahagian dan acara akhir akan dipertandingkan pada hari jumaat.


Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan senamrobik oleh 4 pasukan iaitu Laksamana, Shahbandar, Bendahara dan Temenggung.  Mereka mempersembahkan gaya yang tersendiri untuk memikat markah tertinggi dari pihak juri yang terdiri dari Tuan Pengetua SMKTTJ, Ketua-ketua Bidang, GPK Akademik, GPK Ko-kurikulum , GPK Petang dan GPK HEM.


Hari Jumaat (24 Jun 2011) adalah majlis penutup yang bakal mengumumkan juara rumah sukan, atlit lelaki dan wanita SMK Taman Tuanku Jaafar.


Ragam dan gaya semasa kejohanan dirakam oleh Lensa SMKTTJ yang pertama kalinya mengenakan uniform rasmi fotografi mereka:




























0 comments:

Post a Comment

Back to Top