Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Krew Ber'cap' Ayam......????!!!!!

23 Jun 2011

Buat pertama kalinya, krew Lensa SMKTTJ telah diberi wajah baru.  Bagi membezakan krew Lensa dengan pelajar-pelajar lain sewaktu sesuatu acara dijalankan, mereka telah memakai t-shirt berjenama 'Cap Ayam'.


Walaupun hanya jenama 'Cap Ayam', krew berbangga kerana telah diberi wajah baru.  Ini merupakan langkah pertama ke arah memartabatkan Lensa SMKTTJ menjadi salah satu watak utama SMK Taman Tuanku Jaafar.


Bakal menyusul dua minggu dari sekarang ialah kursus fotografi buat semua krew selama 3 hari yang akan dikendalikan oleh jurufoto profesional.  Para krew juga akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan diadakan selepas kursus tersebut berlangsung.


Krew juga bakal melangkah lebih jauh kerana ada di antara mereka yang akan terpilih mengikuti rombongan ThinkQuest ke Bandung yang dijangkakan pada September akan datang.


Tahniah buat semua krew Lensa SMKTTJ, usaha anda tidak sia-sia dan jadikanlah saat-saat ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam pelajaran dan ilmu dalam bidang fotografi.



















0 comments:

Post a Comment

Back to Top