Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

LDP - Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS )

Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Sabtu kali ini diisi dengan satu lagi LDP khusus buat semua guru-guru SMKTTJ.  Seawal jam 7.30 pagi, guru-guru mula memenuhi perkarangan SMKTTJ bagi menghadirkan diri ke Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ). LDP yang dianjurkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKTTJ ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan cara mengendalikan SAPS secara talian terus dan meningkatkan pengetahuan guru tentang SAPS dan dapat menggunakan sistem ini secara menyeluruh.

Barisan fasilitator diketuai oleh Pn. Noraishah Safiei dengan dibantu oleh Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid. Guru-guru telah diberi taklimat pengendalian SAPS terlebih dahulu. Selepas rehat, guru-guru mula berpecah mengikut kumpulan. 

Lokasi yang terlibat adalah di Bilik Konferensi, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab untuk memastikan data kelas masing-masing adalah lengkap dan seterusnya guru mata pelajaran akan mendaftarkan mata pelajaran yang diajar di setiap kelas dan memasukkan markah bagi Ujian Bulanan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan TOV / ETR bagi tahun 2011. 

Dengan penggunaan SAPS ini, sistem kemasukan markah pelajar yang digunapakai sebelum ini iaitu ISIS sudah tidak digunakan lagi. Sistem SAPS yang baru ini dilihat lebih efisyen dan membantu tugas guru memasukkan markah peperiksaan dengan lebih cepat dan tidak perlu mengambil giliran di Bilik Peperiksaan.

Krew Lensa sempat merakam detik-detik ketika LDP ini dijalankan :





































0 comments:

Post a Comment

Back to Top