Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

TAHNIAH DAN SYABAS !!! BOLA SEPAK REMAJA PEREMPUAN TERUS CEMERLANG..

Buat julung kalinya, seorang pelajar dari SMKTTJ telah terpilih untuk mewakili MALAYSIA ke Program Pertukaran Pemain Bola Sepak Malaysia – USA pada 31hb Mei 2011 sehingga 16hb Jun 2011bertempat di New York, Amerika Syarikat. Beliau adalah pemain 'last man' dalam pasukan bola sepak remaja perempuan yang cukup disegani dan digeruni oleh pasukan lawan iaitu PRIYA A/P MARAPPAN.


Program pertukaran ini merupakan program kerjasama di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dengan U.S Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs. Ia  bermula dengan menganjurkan klinik bola sepak wanita di Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah bermula pada tahun 2009. Program ini diikendalikan oleh 4 orang jurulatih berpengalaman dari US dan berfokus untuk pembangunan bola sepak peringkat akar umbi remaja perempuan berumur 12 – 17 tahun.


Program pertukaran terbahagi kepada 2 komponen iaitu komponen pertama KLINIK BOLA SEPAK yang telah berlangsung pada tahun 2009. Komponen kedua ialah LAWATAN KE USA bagi pelajar-pelajar yang terbaik yang dipilih semasa klinik bola sepak berlangsung. Kos lawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak US Department of State Bureau of Educational dan Culture Affairs


Krew Lensa cukup bertuah kerana diberi keizinan untuk memaparkan foto-foto milik peribadi beliau dan video aktiviti beliau kepada seluruh warga SMKTTJ. Semoga kejayaan beliau terpilih beraksi sehingga ke peringkat antarabangsa akan menyuntik semangat pelajar-pelajar yang lain agar terus berusaha untuk meningkatkan pencapaian ke peringkat yang tertinggi.


Untuk menonton video :

http://www.facebook.com/profile.php?id=1608476611#!/video/video.php?v=964842251387



















0 comments:

Post a Comment

Back to Top