Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Rombongan Jelai

Rabu, 15 Jun 2011 

Seramai 10 orang guru SMK Taman Tuanku Jaafar telah menjalankan lawatan penanda aras ke SMK Jelai (Felda) bermula jam 0730 pagi.  Ketua rombongan, Tuan Pengetua Encik Omar Ahmad bersama ahli kumpulan menuju ke SMK Jelai (F) dengan 3 buah kereta.  Perjalanan yang jauh tidak terasa penatnya kerana begitu teruja untuk melihat segala fasiliti struktur pentadbiran yang dimiliki oleh sekolah yang pernah diterajui oleh Tuan Omar Ahmad.  

Sebaik tiba di perkarangan SMK Jelai (F), rombongan yang  terdiri daripada 10 orang guru iaitu: Encik Alias, Encik Hafiz, Pn. Normala Kasim, Pn. Normala Kasdanon, Pn. Noor Azian, Pn. Jara'ayah, Pn. Rosnah, Cik Khalila, Pn. Khursiah telah disambut dengan penuh mesra oleh tuan pengetua serta para guru yang membuatkan ahli rombongan terasa bahangan untuk melihat kelainan yang ditampilkan oleh pentadbiran SMK Jelai.

Sebelum dibawa ke bilik-bilik khas, ahli rombongan dihidangkan dengan sarapan yang enak masakan orang-orang felda.  Kemudian, rombongan diberi taklimat ringkas tentang salasilah penubuhan dan pentadbiran SMK Jelai (F).

Tidak lupa disediakan hidangan makan tengah hari yang dimasak khas oleh warga Jelai buat ahli rombongan.  Akhir kalam, Terima Kasih Daun Keladi SMK Jelai (Felda).  Panjang umur kita bersua lagi.  Bertandanglah ke tempat kami, pasti anda dilayan bak puteri.

Krew Lensa sempat merakamkan saat-saat ahli rombongan SMKTTJ  bertandang ke SMK Jelai (Felda):







































0 comments:

Post a Comment

Back to Top