Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bertamu Ke bumi Asia Timur

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan meredah beberapa buah negara selama 6 jam, akhirnya beliau tiba di bumi Seoul melalui pintu masuk utamanya iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.  


Kemudian perjalanan diteruskan dengan bas dan mengambil masa juga hampir 6 jam untuk sampai ke lokasi penginapan selama 11 hari di Seoul, Korea Selatan.  Deligasi Pegawai Pelajaran dari Malaysia yang rata-ratanya adalah Pengetua dan pegawai dari kementerian pelajaran akan melakukan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pelajaran Daerah Jeollannamdo.


Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Tuan Omar bin Ahmad merupakan salah seorang deligasi yang bersama rombongan tersebut untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan kemajuan dalam sistem pendidikan yang terdapat di negara Korea Selatan.


Kami, Krew Lensa mendoakan semoga tuan pengetua dan deligasi Malaysia diberi kesihatan yang memuaskan untuk meneruskan perjalanan selama 11 hari di bumi Asia Selatan itu.








0 comments:

Post a Comment

Back to Top