Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Sehari Sebagai Jurufoto

Peperiksaan PMR telah sampai ke penghujungnya.  Berakhir dengan kertas KHB bagi mereka yang tidak mengambil Bahasa Tamil telah menamatkan perjuangan semua calon PMR 2011.

Hanya tawakal dan doa yang mampu mengubah untung nasib mereka di kemudian hari.  Namun, janganlah jadikan PMR sebagai batu loncatan untuk menyatakan kegembiraan mahupun meraikannya secara berlebih-lebihan.  Ingat....dua tahun lagi bakal menyusul peperiksaan yang menentukan hala tuju dan masa depan anda iaitu SPM.

Sempena dengan Program untuk lepasan PMR, pihak Lensa SMKTTJ dan Panitia Geografi bakal menganjurkan satu program yang dipanggil 'Sehari Sebagai Jurufoto'.  Program ini bakal mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang fotografi dan akan dipilih sebagai Krew Lensa untuk masa akan datang.

Peserta juga boleh mempelajari setiap butang yang terdapat pada sebuah kamera serta mengetahui cara-cara menggunakan Aperture, Shutter speed, Exposure, White Balance, ISO dan bagaimana untuk menghasilkan gambar bokeh.

Sebanyak 30 tempat disediakan untuk pelajar lepasan PMR secara percuma dan akan dibimbing oleh 10 orang Krew Lensa SMKTTJ.

Terbahagi kepada 3 slot:
1.  Sesi bicara kamera bersama Krew Lensa

2.  Sesi fotografi (mengambil gambar di persekitaran SMKTTJ dan mengikut tema) - tema akan diberitahu sebelum sesi fotografi

3.  Sesi menghantar 2 keping gambar kepada pihak penganjur.

Pemenang akan dikira berdasarkan gambar paling kreatif dan jelas.  Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top