Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Macam-Macam

13 Oktober 2011 (Khamis)

Mesyuarat Bidang Kemanusiaan telah dijalankan di bilik Komputer SMKTTJ.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Alias bin Abdullah selaku Ketua Bidang kemanusiaan dan dihadiri oleh kesemua ahli seperti Panitia Muzik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Ekonomi Asas, Pendidikan Seni, Geografi, PJK dan Pendidikan Sivik.



14 Oktober 2011 (Jumaat)

Jamuan perpisahan bersama pelatih Pendidikan Islam telah berlangsung dengan jayanya di bilik guru SMKTTJ.  Jamuan ini adalah anjuran Pantia Pendidikan Islam yang meraikan perpisahan dua orang guru pelatih iaitu Noor Rofini dan Kamilah yang berakhir semalam.










Antara aktiviti yang dijadualkan dalam Aktiviti Selepas PMR ialah permainan futsal antara kelas.  Pelajar lepasan PMR yang tidak terlibat dengan permainan futsal bersama-sama guru menghasilkan meja maklumat di kantin SMKTTJ.  Pertandingan meja bermaklumat kantin ini adalah saranan pengetua yang berkonsepkan menggunakan segala ruang dan peluang.  Selain itu, bilik-bilik khas seperti bilik Geografi juga menyahut seruan untuk menghias meja pelajar dengan pelbagai maklumat yang boleh digunakan pakai semasa dan di luar waktu pembelajaran pelajar.















0 comments:

Post a Comment

Back to Top