Bermula seawal jam 0400 pagi, sebilangan ahli rombongan iaitu Puan Rohayu, Puan Norazian, Puan Norlela dan Puan Farah Anom telah bersiap bertolak ke LCCT Sepang untuk menaiki penerbangan Air Asia menuju ke Saigon City yang ditukar namanya kepada Ho Chi Minh City.
Bagi kumpulan ke-2, Puan Yusrina, Puan Sabariah, Puan Fadhilah, Puan Fadzilla, Puan Noraishah dan Puan Ruzita mula berangkat tepat jam 1000 pagi untuk menaiki pesawat Air Asia jam 0245 petang. Perjalanan pergi tidak begitu payah kerana masing-masing hanya memikul satu beg sandang dan satu beg bagasi yang comel bersama sehelai dua pakaian tetapi dipenuhi dengan segala macam makanan.
Setibanya kami (kumpulan 2) di LCCT, kami melihat kelibat salah seorang ahli rombongan kumpulan pertama yang berlegar di situ. Oh!! rupa-rupanya, Puan Farah Anom. Beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke Saigon kerana tarikh tamat pasport antarabangsanya kurang dari 6 bulan, namun berbekalkan semangat untuk menghantar 2 botol kicap cap kipas udang (tempahan Puan Ody ~ kawan sekerja kami di Saigon), Puan Farah telah berangkat ke Putrajaya untuk memperbaharui pasportnya dan kembali ke LCCT membeli tiket penerbangan ke HCMC. Maka, perjalanan pergi kami bertambah menjadi 7 orang.
Pendaftaran masuk pesawat bermula dan tiba giliran Puan Fadzilla, beliau tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tempoh tamat pasportnya kurang dari 6 bulan (lagi 5 bulan sahaja). Dengan rasa cuak, beliau bergegas menuju ke jabatan imigresen untuk membuat rayuan dan akhirnya, alhamdullilah....dibenarkan!!! * ingat ye....pastikan tarikh tamat pasport anda melebih 6 bulan sebelum memulakan perjalanan ke luar negara*
Penerbangan kami ditangguhkan selama 15 minit kerana pesawat dari Saigon lambat sampai dan perjalanan diteruskan bermula jam 0400 petang. Dua jam masa perjalanan membuatkan kami terasa begitu lama kerana teruja untuk melihat keindahan dan keceriaan bandar raya Saigon.
Setibanya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa HCMC, kami begitu terpegun melihat kecantikan pramugari Vietnam Airlines yang mengenakan baju tradisionalnya berwarna meroon dan berseluar putih. Tidak sabar untuk melihat keindahan badar Saigon, dengan langkah yang pantas kami menuju ke ruang mengambil bagasi dan sempat melawat tandasnya. Wah!!! cantik....apa lagi, kami mencuba tandas di HCMC. Alamak!!!!!!tiada paip air untuk digunakan. Jadi...pandai-pandailah kami menggunakan air mineral yang dibeli di LCCT dengan harga RM3.90 sebotol.
Setelah mengambil semua bagasi, kami menuju ke ruang tempahan teksi untuk menaiki teksi ke hotel yang terletak di tengah pusat bandar raya HCMC. Kami keluar ke ruang menunggu teksi dengan rasa bangga kerana disambut oleh beratus orang yang berdiri di pintu keluar bersama tanda nama yang ditulis di atas kertas A4. Tetapi, tidak ada satu pun nama kumpulan kami.
Kami menaiki Airport Taxi dengan rasa begitu ghairah untuk melihat betapa hebatnya Saigon. Puan Ruzita, dengan penuh yakin duduk di bahagian kiri tempat duduk hadapan. Kemudian, dengan sengihan malunya, dia keluar menuju ke tempat duduk hadapan di bahagian kanan kerana tempat duduk kiri adalah untuk pemandu.
Perjalanan meredah HCMC bermula dan kami terdiam seketika kerana terasa seram sejuk. Apa tidaknya...beribu motosikal di atas jalan raya dan dengan susunan bandarnya yang berselirat serta sungai Saigon yang berwarna hitam airnya. Indahnya HCMC!!!!!
Kami mula menunjukkan sifat peramah rakyat Malaysia dengan mengajak pemandu teksi berborak....hu..hu..hu...memang sah, percakapan kami ibarat ayam dan itik, yang boleh difahami ialah sengihan, anggukan dan gelengan kepala sahaja.
Akhirnya, kami tiba di bilik beradu untuk jangka masa 4 hari 3 malam....tak ubah seperti berada di kawasan setinggan di Puchong ataupun kawasan pendatang asing Gombak. Memang indah HCMC.
Belum pun sempat untuk mengendurkan saraf yang stress semasa perjalanan dari Lapangan terbang Ho Chi Minh ke hotel Kim Huong,kami telah dijemput oleh Puan Ody untuk makan malam di Halal Saigon. Aaaahhh...terasa seperti tinggal di Malaysia kerana kami dihidangkan dengan lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza sambil menikmati makan malam. Antara makanan istimewanya ialah.....
Selepas menjamu selera di Halal@Saigon, kami pulang ke kawasan penginapan untuk meneroka pasar malam Ben Thanh. Di sini, barulah bermula perjalanan yang sebenarnya penuh mendebarkan. Hidung mula ditusuk dengan pelbagai bauan yang tidak menyenangkan. Walau ke mana kami pergi di sekitar pasar malam, bau hamis dan hanyir daging babi menusuk-nusuk ke lubang hidung dan sesekali tekak mula terasa loya.
Riuhnya pasar malam Ben Thanh sama seperti riuhnya jalan raya di HCMC. Bermula jam 0500 petang hingga 1200 tengah malam, pasar malamnya penuh dengan lautan manusia yang datang dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Kami sering disapa oleh beberapa orang rakyat Malaysia yang turut sama bercuti ke HCMC.
Usah risau, peniaga pasar malamnya agak fasih berbahasa melayu dan mereka menerima matawang USD, RM dan Dong dalam urus niaga. Pandai-pandailah tawar menawar, tetapi berhati-hati dengan makanan, kerana asas dalam makanan rakyatnya ialah babi. Ada antara kumpulan kami mulai surut poketnya kerana merasakan barangan yang dijual murah-murah belaka. Membeli barangan memang seronok kerana harganya yang agak murah tetapi kalau ingin membeli makanan (bagi muslim) berhati-hatilah kerana susah makanan halal di Saigon city.
Sekitar jam 1200 tengah malam, kami masuk ke bilik hotel dan ada antara rakan kami yang tiba awal mula menyusun setiap hasil belian dalam bagasi yang kosong kerana esok akan diisi dengan hasil belian yang lain. Ada juga antara mereka mengira berapa duit yang masih tinggal walau belum 24 jam mendarat di bumi Saigon City................bersambung.
0 comments:
Post a Comment