Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM

29 September 2011 (Khamis)

Bertempat di Masjid Tuanku Jaafar, Taman Tuanku Jaafar telah berlangsung majlis Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM untuk calon PMR dan SPM yang akan menghadapi peperiksaan mulai 04 Oktober 2011.

Majlis ini merupakan program julung kalinya sepanjang 10 tahun SMK Taman Tuanku Jaafar berdiri megah di tengah-tengah penghuni Taman Tuanku Jaafar, Senawang.  Memasyarakatkan warga SMKTTJ merupakan objektif utama setiap program yang disusun oleh warga pendidik dan pentadbiran SMKTTJ.  Ini akan lebih mendekatkan masyarakat setempat dengan warga SMKTTJ bermula dari para pentadbir hinggalah para pelajar.

Program anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tuanku Jaafar diserikan lagi dengan kehadiran Imam Muda Abd Fattah yang memimpin solat sunat taubat dan solat sunat hajat serta tazkirah dan motivasi kecemerlangan untuk menambahkan keazaman calon PMR dan SPM dalam mencapai kejayaan.





























0 comments:

Post a Comment

Back to Top