Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Berakhir Jua

Ahad, 24 Julai 2011

Hari ini adalah hari terakhir kursus fotografi kumpulan 2 di Kolej Komuniti Jelebu.  Proses suntingan diteruskan pada sesi pertama dan selepas menunaikan solat Zohor, kami bergerak ke Muzium Adat Jelebu selama sejam untuk mempraktikkan teknik penggambaran di tempat gelap.

Destinasi terakhir kami ialah MAHA Negeri Sembilan 2011 yang berlangsung di Tapak Kem Paroi dan akan berakhir pada 30 Julai 2011 (Ahad).  Di sini, kami telah menjadi perhatian sebilangan pengunjung dan sempat mereka bertanya adakah kamera yang diusung oleh krew itu milik sekolah?  Kami menerangkan bahawa semua krew Lensa SMKTTJ mesti memiliki kamera sendiri.  Ada yang tercengang dan tak kurang yang cuba menguji keupayaan kami dalam bidang fotografi dengan bertanyakan beberapa soalan cepu emas.

Bertambah bangga apabila nama kami dilaungkan oleh juruhebah yang bertugas beberapa kali dan makin banyak mata mencari di manakah dan siapakah gerangan insan yang dimaksudkan itu...Malahan, ada juga pihak yang berminat untuk mendapatkan khidmat fotografi krew lensa.  Bukan kami tidak berminat dengan tawaran pihak luar tetapi ilmu yang dimiliki belum sempurna dan kami juga terikat dengan jadual belajar yang tak kurang padatnya serta perlu memohon kebenaran pihak pentadbiran terlebih dahulu.

Apa pun, kepada pihak luar yang berminat untuk menggunakan khidmat kami yang masih bertatih ini, akan kami pertimbangkan sebaik mungkin.  Andai ada kesempatan akan kami tunaikan.

Selepas ini akan menyusul Kursus Lanjutan Adobe Photoshop khusus kepada semua krew yang dijangkakan pada 06, 07 dan 13 Ogos 2011.

Terima Kasih Daun Keladi kepada semua pihak yang terlibat dalam Kursus Fotografi pada 09, 10, 16, 17, 23 dan 24 Julai 2011.

Terima Kasih Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad (menyokong dan memberi idea sehingga kursus ini terlaksana)
Terima Kasih Pentadbiran SMKTTJ
Terima Kasih PIBG (menyumbangkan sedikit sumbangan untuk makan dan minum krew lensa)
Terima Kasih Pengarah Kolej Komuniti Jelebu
Terima Kasih Encik Ku Shahril (Tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Jelebu)
Terima Kasih Puan Sharifah Akhil
Terima Kasih Pemandu Bas Kolej Komuniti (mengangkut kami pergi dan balik..Seremban - Jelebu dan destinasi sesi fotografi)
Terima Kasih Guru Pembimbing Lensa SMKTTJ (Puan Sabariah, Puan Yusrina Hanim dan Puan Noor Azian)
Terima Kasih Ibu Bapa & Penjaga Krew Lensa SMKTTJ
Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kursus ini berjalan






Dia - Sang Monyet Kerdil yang memporak peranda kesunyian Jeram Toi dan cuba mengacau kari ayam kami!!!
























































































































0 comments:

Post a Comment

Back to Top