Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sabtu, 02 Julai 2011

Buat kali seterusnya, persekolahan hari Sabtu telah berjalan dengan jayanya.  Hari ini telah dijalankan larian terbesar Malaysia iaitu Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia.


Bermula seawal jam 0700 pagi, warga SMK Taman Tuanku Jaafar begitu bersemangat berkumpul di padang yang hijau di kelilingi pokok kelapa sawit dan bersaksikan Stesen kereta api Sungai Gadut.  Sesekali ketibaan komuter ke stesen kereta api menambahkan lagi semangat untuk berlari kerana bila semua kerja sudah selesai, dapatlah kita berehat di Mid Valley mahupun Sogo Kuala Lumpur.


Larian telah dilepaskan oleh YDP PIBG SMK Taman Tuanku Jaafar, En Hamid.  Semua pelajar SMKTTJ memulakan larian dengan wajah ceria diikuti pelajar SK Taman Tuanku Jaafar 2 (tahap 2).  Manakala pelajar tahap 1, berlari di persekiran padang SMK Taman Tuanku Jaafar.


Krew Lensa SMKTTJ merakamkan semua peristiwa yang mencatat sejarah rekod larian terbesar di Malaysia:














0 comments:

Post a Comment

Back to Top