Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kursus Fotografi Team 1 (Hari Kedua)

Ahad, 10 Julai 2011

Dalam penat tak penat, dah masuk hari kedua kursus fotografi kumpulan satu.  Seawal jam 0730 pagi krew menanti bas dengan penuh setia dan jam 0810 pagi, tibalah sebuah bas persiaran yang memuatkan seramai 44 orang penumpang.  Kami masih menunggu bas yang agak kecil sebesar bas mini kerana krew hanyalah 14 orang.  Pintu bas dibuka dan kami bertanya kepada tuan punya bas besar, nak ke mana..katanya ke Kolej Komuniti jelebu.  Hah!!!..inikah bas yang akan membawa kami.

Disebabkan bas yang terlampau besar dan luas buat ahli, maka guru pembimbing duduk berdua di hadapan dan krew lainnya duduk berdua di belakang.  Ruangan tengah kosong tanpa penumpang.  Inilah kali pertama kami dibawa dengan bas besar dan penumpang seramai 14 orang.

Lokasi pertama ialah 'Street Photo Shoot' di Pasar Tani Jelebu.  Mula-mula adalah juga krew yang muka mencuka kerana bau hanyir dan busuk tak sewangi Jusco Seremban 2.  Lama-kelamaan masing-masing mula bermesra dengan bauan yang tidak menganggu tujuan asal iaitu sesi fotografi.  Terima Kasih kepada semua peniaga Pasar Tani Jelebu yang senang melayan kerenah kami menyibuk pada waktu yang sibuk dengan urus niaga.  Terima Kasih juga kepada semua pengunjung Pasar Tani Jelebu yang menjadi model kami.

Muzium Adat Jelebu menjadi lokasi kedua untuk sesi fotografi.  Situasi yang agak berbeza kerana pencahayaan yang suram dalam bangunan memberi sedikit cabaran buat jurufoto yang masih merangkak ini.  Tunjuk ajar Encik Shahril yang tidak pernah penat melayan kerenah kami membuahkan hasil kerana sebilangan krew telah berjaya menghasilkan imej yang agak cantik dalam suasana suram.

Perjalanan diteruskan ke Kolej Komuniti jelebu untuk persediaan fotograsi sesi petang di jeram Toi.  Alamak, hujan renyai-renyai mula membantut impian krew untuk ke Jeram Toi tetapi tepat jam 0230 petang, matahari mula menunjukkan cahayanya dan kami semua tersenyum lebar untuk mempraktiskan shutter mode.  Akhirnya terlaksana juga impian krew untuk menggunakan slow shutter dan fast shutter.

Kini kami mula mengenali shutter, aperture, exposure, white balance dan beberapa perkara lagi.  ....... Kami pada hari kedua:



















0 comments:

Post a Comment

Back to Top