Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mereka Masak-Masak....!!!!

Rabu, 06 Julai 2011

Hari ko-kurikulum sekolah telah diisi sepenuhnya dengan program pertandingan memasak sempena Minggu Teknik dan Vokasional SMK Taman Tuanku Jaafar.

Pelajar sesi petang telah diberi tajuk masakan nasi goreng untuk dipertandingkan.  Setiap kumpulan mempunyai seramai 3 orang chef dan kesemua peserta adalah pelajar perempuan.  Mereka bergotong royong dan bersama-sama memasak nasi goreng yang paling sedap untuk memenangi hati para juri yang terkenal dengan kehandalan memasak.

Para juri terdiri daripada Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, Puan Fadhilah Hashim yang sentiasa mengungguli masakan nasi lemak (yang dibantu oleh pembantu rumahnya).  Puan Norazian Mustafar Kamar yang terkenal dengan masak lemak daging salai, Puan Ruzita Muharad, yang popular dengan puding roti dan Puan Norhanisah Che Amat yang serasi dengan masakan berasaskan budu.

Manakala pelajar sesi pagi telah diberi tajuk ikan air tawar dan setiap kumpulan diberikan seekor ikan tilapia merah.  Apa yang membanggakan terdapat penyertaan chef lelaki yang kebanyakannya terkenal dengan 'Mamat Buku' tetapi telah membutikan bahawa lelaki zaman moden adalah serba boleh.

Tahniah kepada semua peserta pertandingan masakan hari ini.  Lensa sempat merakamkan detik-detik menu disediakan:





























0 comments:

Post a Comment

Back to Top