Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mereka Memang Melampau...

Sabtu, 23 Julai 2011

Kan dah kata, hari ini kami sekali lagi menuju ke Kolej Komuniti jelebu dengan bas mini Kolej.  Tapi tidak, sebelum sampai ke destinasi sebenar, tugasan menanti di Jeram Toi.  Pelbagai spekulasi telah didengar, Jeram Toi tidak selamat kerana ada kencing tikus!!!

Agak gusar jugak untuk kami menjejakkan kaki di bumi Jeram Toi seawal jam 0900 pagi.  Mana ada pengunjung pagi-pagi hening macam ini...makcik yang menjual Burger Satay pun belum memulakan perniagaan lagi.

Apa nak buat, demi menimba sedikit ilmu, kami redah juga kesunyian jeram yang hanya diiringi derauan air.  Eh..tidak, sebaik sahaja kami melangkah turun dari bas..sesuatu sedang menanti.  Dengan sengihan menawannya itu, hati kami begitu gembira kerana dilayan bak putera dan puteri.

Dia memandang rombongan kami yang sarat dengan pelbagai perkakasan, mungkin...sedang meng'goggle'..apa yang sebenarnya dibawa oleh manusia ini.  Kami mengumpulkan makanan yang dibawa termasuk 2 termos besar  berwarna merah berisi kari ayam dan nasi.  Dia, mengekori kami dengan rasa teruja dan sempat melakukan aksi akrobatik untuk menarik perhatian krew Lensa.

Rupanya, Krew Lensa bukan perhatian Dia tetapi termos kami yang berisi makanan.  Dia menyerbu ke salah satu termos dan membukanya untuk mengambil kari ayam....hu..hu..hu...nasib baik ada hero dalam kalangan kami yang membaling batu ke arah Dia dan Dia terpaksa mengalah.  Krew dengan pantas melarikan makanan untuk dimakan sewaktu sesi fotografi berjalan.

Dia adalah kesayangan tuan kedai di depan Jeram Toi yang telah dilepaskan kerana menggigit anak tuan kedai dan kini menganggu pengunjung jeram dan mungkinkah nasibnya berakhir di hujung jari Jabatan Pertahanan Awam yang iba sejurus kami beredar dari Jeram Toi.

Terima kasih buat Dia.......Sang Monyet Kerdil!!!















0 comments:

Post a Comment

Back to Top