Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Teachers Photo Shoot!!!

Khamis, 21 Julai 2011

Penat belum pulih lagi...Lusa (Sabtu bersamaan 23 Julai 2011), kami akan keluar lagi ke lokasi yang dirancang...Jeram Toi untuk outdoor photo shoot.  Tetapi sebelum itu, kena lah dulu bereskan kerja yang belum selesai...gambar guru SMK Taman Tuanku Jaafar.

Rupanya...letih menunggu para guru lebih letih dari menunggu pelajar.  Al-maklum, ada yang nak berlipstik, bermake-up...malahan nak berperfume bagai.  Kan gambar bau masam kalu tak berwangi-wangi....iye ke???

Namun, tepat jam 1200 tengah hari tamat juga operasi memukul gambar guru-guru.  Eh..eh..belum boleh duduk bersenang santai, datang pulak satu lagi agenda...mesyuarat kurikulum.  Soal sana, Jawab sini, Tengok situ, Pusing keliling....tamat juga mesyuarat jam 0240 petang dengan diiringi acara mengisi perut yang mula berkeroncong.

Itulah rutin seorang guru, seorang insan, seorang masyarakat...












0 comments:

Post a Comment

Back to Top