Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kursus Fotografi Team 1 (Hari Pertama)

Sabtu, 09 Julai 2011

Seperti yang telah dirancang, kursus fotografi telah berjalan dengan jayanya untuk hari pertama buat kumpulan 1.  Kursus ini telah dijalankan di Bilik komputer SMK Taman Tuanku Jaafar.  Tenaga pengajar yang berpengalaman luas, Encik Shahril telah diundang khas dari Kolej Komuniti Jelebu.

Seramai 14 orang peserta telah mengikuti kursus hari pertama yang akan disusuli pada 10 Julai 2011(Ahad) akan melangkah lebih jauh ke Pasar Tani Jelebu dan Jeram Toi untuk 'outing photo shoot'.  Kursus bagi kumpulan satu akan tamat pada 16 Julai 2011 dan akan menyusul kumpulan 2 pada 17 Julai 2011.

Krew Lensa begitu bersemangat mencuba teknik dan butang-butang yang sepatutnya digunakan sewaktu sesi fotografi.  Terasa bahawa masing-masing begitu mentah dan sedang merangkak-merangkak dalam dunia fotografi yang mengandungi pelbagai ilmu.  Malahan, tidak akan habis dalam masa tiga hari.

Kursus asas ini akan disusuli dengan kursus peringkat seterusnya yang akan dijalankan selepas Peperiksaan Akhir Tahun dan berkemungkinan mendalami teknik mengambil gambar waktu malam di Putra Jaya.

Aksi-aksi sepanjang kursus hari pertama:

 Encik Shahril dari Kolej Komuniti Jelebu


 Operating Time





 Outing Time


 Bokeh Time

 Star Time
 Model yang lari dari kerjanya sebagai juru foto
 Model yang dah makin layu kepenatan
Model yang pakai vest hitam sedang menyempit untuk join together

0 comments:

Post a Comment

Back to Top