Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kursus Fotografi Team 1 (Akhir), Team 2 (hari Pertama)

Ahad, 17 Julai 2011

Berdebu jalan Bukit Tangga sepanjang 3 minggu ini.  Al-maklum la, setiap Sabtu dan Ahad, bergeraklah krew Lensa SMKTTJ dari perkarangan sekolah menuju ke lokasi kursus fotografi, Kolej Komuniti Jelebu.  Masih lagi berbaki 2 hari yang bakal menjelma pada 23 dan 24 Julai 2011.  Penat!!!..Memang penat tetapi demi memberi dan mencari sekelumit ilmu terpaksa diredah walau perjalanan kadang-kadang meloyakan sesetengah peserta kursus.

Kursus ini bakal bersambung selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dengan tajuk 'night shoot n creative angle'. Lokasi yang dijangkakan akan diterjah ialah Tasik Perdana, KLCC dan sudah pasti senario malam di Putrajaya. Akan menyusul juga kursus lanjutan suntingan menggunakan Adobe Photoshop dan beberapa siri kursus yang akan diperturunkan oleh otai-otai fotografi yang mula menaruh minat terhadap krew Lensa SMKTTJ.

Antara otai-otainya ialah...Wan Pis, Marcamarba, Ecad photography, Kelab Fotografi UTM KL, Zul Khayrie, Semut Merah dan beberapa otai yang lain.  Kepada Kelab Karyawan Kelantan (KLIK) dan Kelab Fotografi Kampus Perlis yang menyokong dari jauh juga membuat kami begitu terharu dan cuba melangkah lebih jauh.

Kami, Krew Lensa terlebih dahulu merakamkan ucapan beribu terima kasih kerana ada pihak yang sudi memerhati pergerakan Lensa SMKTTJ.  Bukan senang untuk bertapak di pelusuk dunia fotografi yang penuh dengan pelbagai otai dalam pelbagai sudut, pelbagai lensa dan pelbagai tema.











 
















~ Terima Kasih Dari Team 1: Syazni, Dania, Adilah, Nuradilah, Aifaa, Amiera, Danial, Ikhwan, Hani, Fhatin, Anis, Suryani, Puan Noor Azian dan Puan Sabariah
~  Terima Kasig Cikgu Shahril

AKSI DAN GAYA TEAM 2:




















































0 comments:

Post a Comment

Back to Top