Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

KURSUS SOLEKAN STAGE - PANITIA MPV & DUAL TRAINING INSTITUTE

Panitia MPV dengan kerjasama bekas pelajar MPV PMDR dan Dual Training Institute, Seremban 2 menganjurkan Kursus Solekan Stage khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 MPV. Khusus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta keyakinan pelajar MPV untuk menghasilkan solekan stage yang tidak dipelajari dalam silibus mata pelajaran MPV tetapi merupakan soalan wajib yang terkandung dalam kertas Peperiksaan SPM MPV PMDR. Kursus ini merupakan satu peluang untuk mendedahkan pelajar MPV secara realiti dengan teknik solekan ini bagi memudahkan pelajar mendapatkan gambaran dan pengalaman secara realiti menghasilkan solekan ini. Tenaga pengajar yang hadir merupakan bekas pelajar MPV dari SMKTTJ yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Jurukecantikan di Dual Training Institute.

Selain bekas pelajar MPV 2010 iaitu Nurul Aida, Umi Kalsom, Afiqah Nafisah dan Farah, kursus ini turut dihadiri oleh 2 orang Pegawai Penilai dari DTI iaitu Cik Nadia dan Cik Aisyah serta seorang Ketua Unit DTI iaitu Encik Kadir yang telah menyampaikan ucapan aluan serta memberi sedikit taklimat berkaitan kursus yang ditawarkan di DTI. Ternyata melalui penerangan tersebut, pelajar MPV mulai sedar dan nampak hala tuju mereka apabila tamat SPM nanti. Tambah menarik, Cik Aisyah yang merupakan Pegawai Penilai yang mengkhusus dalam bidang dandanan rambut merupakan seorang penerima Anugerah Tangan Emas dalam Pertandingan MySkill Peringkat Kebangsaan. Kursus turut diserikan dengan kehadiran Puan Azura Hanim dan Encik Akmal selaku Pengarah dan Penolong Pengarah DTI. Ternyata sepanjang berada di dalam Bilik MPV, mereka merakamkan rasa kagum dengan pencapaian pelajar MPV serta tidak ketinggalan mengambil banyak foto-foto keceriaan di Bilik MPV sebagai rujukan mereka untuk dibawa dan digunapakai di DTI.

Kursus dimulakan dengan kelas teori dan demonstrasi solekan. Ternyata semua pelajar MPV sangat teruja dan kelihatan berminat dengan solekan yang diajar. Selesai demonstrasi, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk amali. Setiap kumpulan terdiri dari 4 orang pelajar dan mereka memilih contoh-contoh foto solekan stage untuk disolekkan kepada rakan sekumpulan. Sebagai tanda sokongan, Tuan Pengetua, Penolong Kanan Akademik dan Ketua Bidang Teknik dan Vokasional turut hadir dalam kursus ini.

Krew Lensa sempat merakam foto-foto sepanjang kursus ini berlangsung :



















































0 comments:

Post a Comment

Back to Top