Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Perasmian Program Mega

Isnin, 04 Julai 2011

Satu peristiwa penting dicatatkan oleh warga SMK Taman Tuanku Jaafar.  Merupakan tarikh yang sepatutnya dicatat dalam diari setiap warga SMK Taman Tuanku Jaafar kerana hari ini merupakan majlis perasmian dan pelancaran beberapa peristiwa.

Bertempat di Dataran Cendikiawan, majlis perasmian Program Lonjakan Saujana, Program Target 'A', Minggu Bahasa dan Minggu Teknik & Vokasional telah dilancarkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Seremban baru, Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin.

Acara dimulakan dengan ucapan tuan pengetua SMKTTJ, Tuan Omar bin Ahmad dan diikuti ucapan perasmian oleh Tuan Mohd Sah.  Acara ini juga disaksikan oleh Pengasas Shadi Kosmetik iaitu pemilik Shadira Kosmetik, Puan Arisah binti Abdullah yang turut merasmikan bilik MPV SMK Taman Tuanku Jaafar.

Seterusnya, upacara memecahkan airbatu yang mengandungi buku aturcara majlis perasmian hari ini, diikuti dengan paluan gong sebanyak tiga kali yang menandakan telah bermula satu program mega tahun 2011 SMK Taman Tuanku Jaafar.

Tataplah detik-detik indah majlis perasmian hari ini:






















0 comments:

Post a Comment

Back to Top