Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Perjumpaan Tiga Penjuru

Jumaat, 01 Julai 2011

Perjumpaan tiga penjuru guru, pelajar dan ibu bapa telah berlangsung dengan jayanya.  Tujuan utama perjumpaan ini diadakan ialah untuk membolehkan ibu bapa atau penjaga mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Petermuan ini  juga mampu mengeratkan tali silaturrahim antara ibu bapa dan para guru yang mengajar anak-anak mereka dan ini membolehkan pendidik berhubung terus dengan ibu bapa atau penjaga sekoiranya anak-anak didiknya menghadapi sebarang masalah.

Ibu bapa juga boleh mendapatkan khidmat nasihat guru yang mengajar mata pelaaran yang diambil oleh anak-anak mereka tentang tips-tips menjadi pelajar cemerlang atau teknik pengurusan masa.  Ini akan menambahkan lagi tahap kecemerlang anak-anak seterusnya akan meningkatkan pencapaian sekolah.

Lihatlah detik-detik pertemuan tiga insan untuk mencapai satu tujuan iaitu kecemerlangan:



















0 comments:

Post a Comment

Back to Top