Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Mentor mentee

Isnin, 04 Julai 2011

Tepat jam 0230 petang, bertempat di Dewan Utiliti, telah berlangsung majlis penyerahan anak angkat bagi calon PMR kepada guru-guru yang terlibat.  Majlis ini telah dihadiri oleh para ibu bapa dan penjaga pelajar serta guru-guru mata pelajaran.  


Para guru telah diamanahkan seramai lima orang pelajar untuk dibimbing bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang.  Para pelajar juga telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan cemerlang yang bermotifkan untuk melonjakkan kecemerlangan para pelajar dan meningkatkan jumlah pelajar yang memperolehi semua 'A'.


Kumpulan kedua ialah pelajar halus yang akan dibimbing untuk lulus dalam mana-mana mata pelajaran yang dijangkakan boleh lulus dalam PMR nanti.  Pelajar ini diharapkan akan menaikkan lagi peratus lulus PMR tahun 2011.


Ikuti rentetan peristiwa bersejarah yang dirakam oleh Lensa:


















0 comments:

Post a Comment

Back to Top